Siapa Tahu, Apakah Benda ini?

Ini adalah Kore Nyo (dalam bahasa kelantam) @ Pengukur @ Pemarut kelapa. Ia digunakan untuk memarut kelapa supaya isi kelapa lebih menjadi halus dan yang lebih penting senang untuk memerah santannya. Pemarut kelapa ni sebenarnya dah lama digunakan sejak zaman berzaman lagi dan kalau kita search di Google terdapat pelbagai reka bentuk yang sangat unik...yang saya sendiri pun belum pernah lihat.. Anda masih menggunakan atau menyimpan  pemarut kelapa seperti ini..

           Di bawah merupakan pemarut kepunyaan parent saya. Pemarut ni boleh dilipat seperti Rehal (Tempat meletak al-Quran semasa mengaji).. Saya minta pengukur ni dari keluarga saya sebab:

1. kat tempat tinggal saya ni susah nak dapatkan kelapa parut. selalu je beli dapat yang masam...
2. kat rumah dah ada mesin pemarut kelapa.
3. pemarut ni dh lama tak digunakan...apa salahnya jika saya meneruskan penggunaan pengukur ni... :D

             Terharunya, bila ayah tahu saya nak guna pemarut ni, dia tolong basuhkan kemudian siap asah kasi tajam dan buang karat pada mata pengukur ni...Pastu dia siap kasi kelapa yang dah siap dibuang sabut yang baru dikait dari pokok. Terharu...tis..tis...tis  :-(




             Masa kecik-kecik dulu, malasnya nak parut ni. Kadang-kadang tu terkukur juga tapak tangan sendiri, almaklumlah keje nak cepat siap aje kerjanya. Bila dah lama tak guna ni, seronokla pulak.. ingat kenangan kecik-kecik dulu..hakhakhak...Tentu anda juga mempunyai pengalaman menggunakan pemarut kelapa kan.. Zaman kecik-kecik memang menyeronokkan..

             Semasa mengendalikan pemarut ni tak boleh tekan kuat-kuat sangat, sebab nanti hasil parutan tu menjadi kasar..nanti kurang pulak santan yang kita dapat.. Tapi boleh je kita blend dan tapis. Still boleh dapat banyak santan..hehehe... 

          Sekarang zaman dah berubah, jarang sekali orang menggunakan pemarut seperti ini.. Pelbagai rekaan berteknologi tinggi telah dihasilkan bagi menggantikan fungsi pemarut ini. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Dek kerana itu, membuatkan ramai dikalangan kita kian melupakan kewujudan peralatan ini. Adik-adik....apa benda ni? hahahaha....

Kenkoran Kesayangan... ;D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Siapa Tahu, Apakah Benda ini?"

Catat Ulasan